fbpx

USM siap sedia hadapi gangguan bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman (tengah) menyerahkan air mineral kepada para pelajar USM sebagai persediaan menghadapi gangguan bekalan air yang bermula esok.

GEORGE TOWN – Universiti Sains Malaysia (USM) membuat persediaan rapi bagi menghadapi gangguan air berjadual selama 96 jam, bermula esok.

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata, pihak USM telah menubuhkan jawatankuasa tangani krisis air dalam kampus dan mengaktifkan bilik gerakan yang dikoordinasikan oleh Pusat Pengurusan Bencana (Nerve Centre) USM.

“Antara inisiatif yang yang diambil termasuk menyediakan 200 baldi dan 800 karton air mineral untuk disumbangkan kepada penghuni desasiswa termasuk rumah kediaman keluarga, pelajar kelainan upaya (PKU) dan bilik Isolasi di kampus induk dan kampus cawangan yang terlibat.

“Persediaan USM bukan sekadar untuk memastikan bekalan air tetap ada untuk kegunaan dalam kampus, namun ia turut merangkumi pelbagai aspek termasuk mengambil kira proses pengajaran dan pembelajaran, perkhidmatan dan juga operasi harian pentadbiran,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pihak USM turut menyediakan lapan tangki tambahan (1,892 liter) yang ditempatkan di kawasan kritikal dalam kampus induk dan sebuah tangki bergerak untuk keperluan mendesak.

Dalam pada itu, katanya, selain kampus induk di Gelugor, kampus Kejuruteraan USM di Nibong Tebal yang turut berdepan situasi sama juga menerima lapan tangki tambahan, selain 32 tong barrel (120 liter) yang akan ditempatkan di beberapa tandas di blok desasiswa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI