fbpx

Isu harga makanan mahal tak beri impak Tahun Melawat Perak 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sze Yee (dua dari kiri) hadir pada majlis menandatangani jalinan kerjasama antara Tourism Perak dan Cactus di Taiping hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS/ KOSMO!

TAIPING – Kerajaan negeri Perak yakin isu sebuah premis makanan hasil laut di Pulau Pangkor yang didakwa mengenakan harga mahal tidak akan menjejaskan kedatangan para pelancong ke pulau itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pelaburan, Industri dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, beliau percaya isu itu juga tidak memberi impak kepada Tahun Melawat Perak 2024.

“Kita meminta kepada pihak penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk sentiasa membuat pemantauan harga di semua premis yang menjadi tumpuan pelancong di situ.

“Kita mahu semua pelancong yang datang ke pusat peranginan itu berasa aman dan tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan mengenakan caj mahal melampaui batas,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani jalinan kerjasama antara Tourism Perak dan Chuan Sin Sdn. Bhd. (Cactus) di Sprintzer Ekopark Taiping di sini.

Menurutnya, walaupun kes itu terpencil, namun kerajaan negeri tetap memandang serius bagi menjamin kesejahteraan para pelancong yang datang melawat ke negeri ini.

Sze Yee juga menegaskan, beliau tidak mahu isu Pulau Pangkor dikaitkan dengan Pulau Langkawi.

“Saya tidak mahu ulas tempat lain sebab nanti disalahertikan pula sehingga menjadi perbalahan. Saya hanya cakap mengenai Pulau Pangkor dan yakin pelancong akan terus mengunjunginya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI