fbpx

LRT laluan Ampang-Sri Petaling kembali beroperasi Februari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang- Sri Petaling yang ditutup sebelum ini akan dibuka semula menjelang akhir Februari nanti.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerja-kerja penyelenggaraan di laluan tersebut telah selesai dan ketika ini ujian perjalanan sedang dijalankan bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

“Sukacita untuk saya umumkan, semua kerja-kerja baikpulih telah siap, sekarang ujian sedang dilaksanakan dan akan mengambil masa dalam beberapa minggu lagi.

“Ia akan beroperasi semula pada akhir Februari 2024 selepas kerja-kerja pembaikan menyeluruh struktur jejambat dan landasan berhampiran stesen LRT Bandaraya sudah siap,” katanya ketika sesi pembentangan laporan prestasi Prasarana 2023 dan pelan 2024 di Menara UOA di sini hari ini.

Sebelum ini, pada 27 Januari 2023, perkhidmatan LRT laluan Ampang mengalami kelewatan atas faktor keselamatan akibat penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen Bandaraya selain kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan dipercayai disebabkan kerja-kerja pembinaan di kawasan bersebelahan.

Susulan itu, Rapid Rail terpaksa menutup laluan antara stesen Masjid Jamek dan stesen Bandaraya dan penumpang LRT terpaksa menggunakan laluan alternatif termasuk bas bagi meneruskan destinasi mereka. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI