fbpx

Peruntukan RM50 juta bantu pemain industri agromakanan terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada seorang petani di RTC Tunjong, Kota Bharu hari ini. Foto oleh ROSLIZA MOHAMED/ KOSMO!

KOTA BHARU – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi membantu pemain industri agromakanan yang terjejas dengan banjir semasa musim tengkujuh baru-baru ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bantuan di bawah Tabung Bencana Pertanian itu melibatkan pampasan sehingga 50 peratus daripada nilai kerugian yang ditanggung oleh mereka yang terlibat.

Menurutnya, bantuan tersebut bermula hari ini melibatkan golongan petani, penternak, peladang dan nelayan.

“Seramai 1,875 orang penerima di Kelantan telah dikenal pasti oleh pihak kementerian melibatkan peruntukan sebanyak lebih RM20.3 juta.

“Kesemua penerima itu membabitkan pemain industri agromakanan di semua daerah di Kelantan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Kelantan 2024 di Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad memberitahu, pihaknya turut mengumpulkan maklumat berkait dengan pemain industri agromakanan yang terjejas dengan banjir di negeri-negeri lain.

Katanya, kumpulan yang terlibat bukan sahaja kehilangan sumber pendapatan tetapi, ia turut melibatkan mereka mengalami kerugian apabila tanaman, ternakan, jentera dan infrastruktur ditenggelami banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI