fbpx

Pemandu lori maut langgar belakang treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan dalam nahas di Kilometer 314.5, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Tapah hari ini. - Foto IHSAN JBPM

TAPAH – Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 314.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.40 pagi itu, mangsa, Mohd. Ridzwan Sulaiman, 44, yang parah tersepit dalam kenderaan, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd. Naim Asnawi berkata, kemalangan membabitkan lori membawa muatan sejuk beku dipandu mangsa dan sebuah treler muatan besi.

Katanya, ketika tiba di lokasi kejadian, lori dipandu mangsa dipercayai telah melanggar belakang treler dipandu lelaki berusia 50 tahun.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa parah dan maut di lokasi manakala pemandu treler tidak cedera. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI