fbpx

Rancak beli tong air secara pukal di Seberang Perai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli air minuman dan tong simpanan air pada saat akhir di sebuah kedai serbaneka di Bukit Mertajam, hari ini.

SEBERANG PERAI – Persiapan terakhir sebelum berlakunya masalah gangguan bekalan air berjadual selama 96 jam, bermula esok dilihat semakin rancak khususnya dalam kalangan penduduk di Seberang Perai di sini, hari ini.

Tinjauan Kosmo! di beberapa kawasan termasuk Bukit Mertajam dan Perai mendapati, beberapa pasar raya, kedai runcit dan serbaneka tidak melepaskan peluang untuk mengaut keuntungan dengan menjual air minuman dalam kuantiti pukal serta tong-tong dan bekas simpanan air yang diletakkan di hadapan premis mereka.

Seorang peniaga, Ahmad Hambali Abdullah, 38, berkata, sejak minggu lepas, dia sudah beberapa kali membuat pesanan semula untuk mendapatkan bekalan air minuman serta tong simpanan air kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggannya.

“Mereka yang datang ke kedai saya kebanyakannya lebih suka membeli air minuman daripada air mineral. Hal ini mungkin disebabkan harganya yang lebih murah.

“Selain itu, ramai juga yang memilih untuk membeli tong simpanan air bersaiz sederhana atau tak sampai 100 liter hingga tong-tong tersebut lebih laku berbanding tong-tong lain,” katanya kepada Kosmo!.

Seorang lagi pengguna, Mohd. Akmal Salleh, 36, memberitahu, dia terpaksa membuat persiapan pada saat-saat terakhir kerana sibuk dengan urusan kerja sebelum ini.

“Mula-mula tu macam panik juga tapi selepas kerajaan negeri bagi jaminan akan sediakan bekalan air yang cukup, legalah sikit,” ujarnya.

Gangguan bekalan air berjadual dijangka bermula seawal pukul 6 pagi esok bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI