fbpx

Anak kecil, warga emas tahan lapar 6 jam, makanan lambat sampai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORLIZAH ketika melakukan lawatan di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tajul, Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Pembekal makanan di setiap Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diingatkan agar sentiasa menyediakan makanan mengikut masa yang telah ditetapkan.

Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri, Norlizah Noh berkata, ia berikutan aduan dari mangsa di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tajul di sini terpaksa menahan lapar lebih enam jam selepas makanan tengah hari tiba lewat, semalam.

Katanya, seramai 224 mangsa banjir daripada 67 keluarga yang ditempatkan di PPS berkenaan.

“Usai di Sungai Rengit, saya pulang ke Kota Tinggi untuk meninjau terus keadaan di PPS SJKT Tajul. Saya dimaklumkan di PPS ini terdapat kelewatan dari segi penghantaran makanan kepada penghuni PPS.

“Jadi, saya telah meminta Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertugas segera menghubungi pembekal dan pastikan makanan sampai dengan segera.

“Alhamdulillah, setelah menghubungi pegawai JKM dan beliau memaklumkan bahawa pembekal telah menghantar 280 pek makanan pada pukul 6 petang untuk makanan tengah hari,” katanya.

Norlizah berharap perkara tersebut tidak akan berulang lagi, ini kerana ramai anak-anak kecil serta warga emas yang kelaparan di PPS akibat dari sifat acuh tak acuh oleh pembekal makanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI