fbpx

Khaled jamin Kertas Putih Pertahanan diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled ketika menyampaikan perutusan Tahun Baru 2024 kepada warga kerja Kementerian Pertahanan di Wisma Pertahanan.Foto oleh FAUZI BAHARUDIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberi jaminan akan meneruskan pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan dan pelan strategik yang telah dirancang oleh bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamed Khaled menegaskan pertukaran amanah untuk meneraju tampuk kepimpinan kementerian itu daripada pentadbiran sebelum ini tidak menjadikan segala yang telah dipersetujui dan dibangunkan sebelum ini akan ditinggalkan.

“Sebaliknya, saya memberi jaminan bahawa perkara-perkara asas yang telah dibangunkan dengan baik sebelum ini, akan saya teruskan dengan penuh dedikasi.

“Ini termasuklah, memastikan pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan (KPP) dan pelan-pelan strategik lain seperti yang telah dirancangkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baru Menteri Pertahanan 2024 di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled turut memaklumkan pihaknya akan memastikan keputusan kerajaan untuk mengembalikan dan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dijayakan dengan sebaiknya.

“Kementerian mesti mula meneliti secara mendalam dan segera, aspek-aspek penting seperti kesesuaian kumpulan sasar, keberkesanan modul latihan dan kepelbagaian cakupan pengisian.

“Semua itu mesti didefinisikan secara strategik dengan mengambil kira keperluan masa depan negara dan kedinamikan gaya hidup semasa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI