fbpx

Kerjasama Woods, Nike temui noktah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WOODS

ORANGE COUNTY – Selepas hampir tiga dekad menjalinkan kerjasama bersama syarikat pakaian dan kasut sukan terbesar dunia, Nike akhirnya Tiger Woods mendedahkan bawa dia telah menamatkan kerjasama bersama syarikat gergasi tersebut.

Pemenang 15 kali gelaran major tersebut kali pertama memakai pakaian jenama berkenaan pada usia 20 tahun selepas menandatangani kontrak dengan syarikat itu setelah menjadi pemain profesional. 

Woods kini berusia 48 tahun telah menandatangani perjanjian pertama selama lima tahun bersama Nike pada tahun 1996 dengan nilai kontrak bernilai AS$40 juta (RM185.74 juta) dan diteruskan pada tahun-tahun berikutnya.

Perjanjian terakhirnya adalah kontrak 10 tahun pada 2013 yang bernilai AS$200 juta (RM928.7 juta) dan dianggap tawaran paling bernilai buat Woods ketika reputasinya dipersoal akibat kecederaan sebelum ini. 

“Lebih 27 tahun yang lalu, saya bernasib baik untuk memulakan perkongsian dengan salah satu jenama paling ikonik di dunia.

“Sejak itu saya telah melalui dengan begitu banyak kenangan yang menakjubkan, jika saya mula menamakannya semula saya boleh pergi selama-lamanya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih secara peribadi kepada Phil Knight (Pengerusi Nike) kerana hasrat dan visinya terutama dalam sukan ini,” kata Woods. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI