fbpx

Bekalan air UMS: Saya mahu laporan penuh, kenapa isu belum selesai – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bertemu pengamal media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu satu laporan penuh berhubung peruntukan dan pelaksanaan bagi menyelesaikan isu bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) seperti dibangkitkan tahun lalu.

Perdana Menteri berkata, beliau pernah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta kepada UMS bagi tujuan berkenaan pada Mei tahun lalu.

“Saya tidak ingat bila saya pergi ke UMS tapi saya dengar keresahan mereka (pelajar). Saya minta kepastian daripada Naib Canselor dan saya luluskan. Jadi saya tidak mengerti (kenapa isu belum selesai) tapi mungkin projek itu mengambil masa.

“Jadi saya nak minta laporan penuh dan apa jadi sejak Menteri Kewangan luluskan peruntukan segera RM3 juta bagi menyelesaikan masalah air di universiti berkenaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada peruntukan RM2 juta yang diumumkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ketika melawat universiti itu baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI