fbpx

Sheikh Hasina kekal PM Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASINA menunjukkan isyarat kemenangan selepas mengundi di Dhaka kelmarin. - Foto AFP

DHAKA  –  Parti Liga Awami (AL) pimpinan Perdana Menteri Sheikh Hasina dan sekutunya menang  pilihan raya umum Bangladesh buat kali keempat berturut-turut,  lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Susulan itu, Sheikh Hasina akan terus memegang jawatan tersebut untuk penggal keempat selama lima tahun lagi.

Dalam pilihan raya kali ini,  AL dan parti sekutunya menang sekurang-kurangnya 152 daripada 300 kerusi Parlimen yang dipertandingkan sekali gus mendapat majoriti mudah. 

Pilihan raya tersebut menyaksikan pembangkang utama daripada Parti Nasionalis Bangladesh (BNP)  melakukan boikot, menyebabkan AL dan parti sekutunya  dijangka memenangi lebih banyak kerusi yang dipertandingkan.

BNP menganggap pilihan raya umum  itu sebagai ‘penipuan’ kerana AL dan sekutunya menang selepas ramai pemimpin serta penyokong parti pembangkang tersebut ditangkap.

Angka rasmi menunjukkan peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu pada kadar 40 peratus, manakala ramai pengkritik mendakwa bahawa  peratusan keluar mengundi sebenar  lebih rendah daripada 40 peratus.

.Calon-calon bebas pula memenangi 45 kerusi dalam pilihan raya tersebut.

Ia merupakan penggal kelima buat Hasina mentadbir Bangladesh  secara keseluruhannya. Beliau pertama kali  ipilih sebagai Perdana Menteri Bangladesh pada 1996 sebelum dipilih semula pada 2009 dan terus memegang jawatan tersebut sehingga kini.

“Saya berusaha yang terbaik untuk memastikan demokrasi terus kekal di negara ini,” katanya kepada wartawan ketika membuang undi.

Pertubuhan hak asasi manusia, Human Right Watch (HRW) menganggarkan hampir 10,000 aktivis ditangkap selepas parti pembangkang menganjurkan perhimpunan pada 28 Oktober tahun lalu.

Ia menyebabkan 16 orang terbunuh dan lebih 5,000 yang lain cedera. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI