fbpx

PTP lantik CEO baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mark Hardiman

PETALING JAYA – Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd. (PTP), usaha sama antara Kumpulan MMC dan APM Terminals hari ini mengumumkan pelantikan Mark Hardiman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya, berkuat kuasa 2 Januari 2024.

Mark Hardiman, sebelum ini menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Pelabuhan Salalah, Oman menggantikan Marco Neelsen, yang melepaskan jawatan selepas tujuh tahun menerajui PTP sejak 2016.

Hardiman membawa pengalaman dan kepakaran luas kepada PTP, setelah memegang pelbagai jawatan termasuk sebagai Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Urusan di Pelabuhan Khalifa Bin Salman, Bahrain serta Pengurus Besar untuk Wilayah Afrika, Timur Tengah dan India (AMI) di bawah Pejabat Wilayah APM Terminals Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Pengerusi PTP, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh berkata,pihaknya mengalu-alukan kehadiran Hardiman sebagai Ketua Eksekutif PTP yang baharu selepas melaksanakan pencarian bertaraf global.

“Mark ialah pemimpin perniagaan yang dinamik dan dipacu nilai, dengan latar belakang pelbagai serta pengalaman dan rekod prestasi cemerlang dalam industri pelabuhan global, maritim dan logistik.

“PTP tidak sabar-sabar untuk menyaksikan beliau merealisasikan potensi penuh PTP sebagai satu hab trans shipment serantau terkemuka di Selat Melaka yang menyampaikan pertumbuhan jangka masa dan nilai untuk semua pemegang kepentingan,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI