fbpx

‘Biarlah apa yang berlaku kekal jadi tanda tanya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buat masa sekarang, Nabila Huda enggan mendedahkan identiti individu yang ditempelak dalam aplikasi X.

PETALING JAYA – Biar ramai tertanya-tanya siapa individu yang ditempelak dalam platform X, pelakon Nabila Huda lebih selesa menyimpan kemas identiti wanita terbabit.

Katanya, paling utama tuan punya diri mengetahui siapa yang dimaksudkan, selain sedar luahan terbuka itu ditujukan kepadanya.

“Biarlah apa yang berlaku kekal menjadi tanda tanya. Yang penting ‘dia’ tahu siapa dirinya,” ulasnya ringkas.

Bekas pengacara Melodi itu mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung muat naik status yang merujuk individu terbabit sebagai pencetus segala masalah.

Pemilik nama lengkap Nabila Huda Suhaimi, 40, juga dilihat enggan memanjangkan lagi isu yang kini menjadi bualan netizen.

Sama ada kemarahannya ditujukan kepada rakan seperjuangan dalam industri seni atau orang terdekat, perkara tersebut dibiarkan tanpa jawapan.

“Minta maaf, saya tidak boleh komen atau mengulas lebih lanjut,” ujarnya selepas diasak lagi dengan pertanyaan lain.

Kelmarin pelakon filem Munafik itu meluahkan kekesalan atas sikap seorang individu yang suka memporak-perandakan keadaan, namun bijak berlakon sebagai mangsa keadaan.

Nabila turut menyatakan hanya menunggu masa untuk mendedahkan individu yang ‘berstatus’ itu apabila didakwa suka memerintah serta tiada adab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI