fbpx

Penolong pegawai tadbir direman kes rasuah RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penolong pegawai tadbir berusia lingkungan 30-an direman bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah di Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Seorang penolong pegawai tadbir direman selama enam hari bermula hari ini berhubung kes meminta dan menerima rasuah RM5,000 bagi membatalkan kompaun dikeluarkan sebuah agensi penguat kuasa di negeri ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan ketika hadir di Pejabat SPRM Kedah di sini untuk memberikan keterangan pada pukul 5.20 petang semalam.

“Suspek dipercayai meminta dan menerima wang RM5,000 daripada sebuah syarikat pada 2022.

“Wang itu sebagai balasan bagi membatalkan kompaun yang dikeluarkan sebuah agensi penguat kuasa terhadap syarikat tersebut atas kesalahan ketiadaan Perakuan Pematuhan Standard (PPS) untuk bahan binaan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Soock Wee Ei Tem memberitahu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI