fbpx

[VIDEO] Personal shopper ‘sapu’ cromboloni tular selepas 6 jam beratur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai beratur selama enam semata-mata ingin membeli cromboloni di sebuah kafe tempatan.

PETALING JAYA – Seorang pelanggan meluahkan rasa kecewa kerana penantiannya selama enam jam untuk membeli cromboloni menjadi sia-sia setelah pastri tular itu habis ‘disapu’ oleh pembeli peribadi (personal shopper).

Menurut hantarannya di aplikasi X, pembeli peribadi yang datang sejak awal pagi telah memesan awal dan ‘membolot’ hampir 80 biji cromboloni.

“Beratur enam jam dari pukul 8.40 pagi hingga pukul 2.40 petang. Sebelum ini, katanya pelanggan boleh beli sebanyak mana cromboloni yang diinginkan.

“Tetapi sebab personal shopper datang awal, mereka yang dapat dulu dan akhirnya, pelanggan biasa hanya boleh dua biji cromboloni setiap perisa,” katanya.

Pengguna tersebut berkata, pekerja staf kafe tersebut memberi alasan pekerja tidak cukup dan kekurangan tidur pada malam sebelumnya kerana terpaksa bekerja untuk menjayakan Hari Cromboloni tersebut.

“Tambah mereka, personal shopper telah pesan lebih awal, jadi mereka terpaksa dahulukan mereka (personal shopper).

“Bukan niat saya untuk jatuhkan bisnes orang. Tetapi, kena ada penambahbaikan pada masa hadapan. Jangan biarkan personal shopper bolot semua. Kalau tidak orang akan ambil kesempatan,” katanya.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 3,800 tanda suka dan 2 juta tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI