fbpx

Penternak beri ayam makan pil Viagra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

NEW DELHI  –  Sebilangan penternak ayam sabung di selatan India memberi haiwan peliharaan mereka makan pil perangsang seks termasuk Viagra, lapor portal berita Wion News semalam.

Ubat itu diberikan sebelum haiwan peliharaan mereka menyertai pertandingan sabung ayam serantau yang akan diadakan pada 14 hingga 16 Januari ini.

Mereka terpaksa memberikan ubat itu kerana penularan wabak penyakit pernafasan dikenali sebagai Ranikhet yang menyebabkan ayam tersebut tidak bermaya ketika bertarung di gelanggang.

Siasatan oleh akhbar Times of India mendapati pemilik-pemilik ayam sabung memberikan ubat itu tanpa memikirkan sama ada ia benar-benar boleh meningkatkan kemampuan haiwan tersebut untuk bertarung.

“Kami menghabiskan wang yang  banyak untuk menyelamatkan ayam sabung daripada penyakit itu. Namun, apa yang kami dapati ialah ayam-ayam kami kurang kekuatan. Ini adalah jalan pintas untuk membuat ia bersedia (untuk bertarung),” kata seorang penternak.

Pakar-pakar memberi amaran bahawa amalan itu mungkin dapat meningkatkan prestasi ayam sabung untuk tempoh tertentu tetapi akan menyebabkan kesihatannya merosot  dalam jangka masa panjang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI