fbpx

Liverpool tetap ‘bernyawa’ tanpa Salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIAZ (kiri) berjaya mengucar-ngacirkan benteng pertahanan Arsenal pada pusingan ketiga Piala FA awal pagi semalam. – LIVERPOOL FC

LONDON – Liverpool membuktikan status mereka sebagai pilihan utama untuk menjuarai gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini berdasarkan prestasi yang ditampilkan ketika membenam Arsenal 2-0 pada pusingan ketiga Piala FA awal pagi semalam.

Kedudukan The Reds di tangga pertama EPL ketika ini dikatakan tidak akan kekal lama selepas kehilangan tonggaknya, Mohamed Salah untuk tempoh lama kerana mewakili Mesir ke saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) bermula 13 Januari hingga 11 ­Februari depan.

Bagaimanapun, bekas juara Eropah itu melenyapkan dakwaan tersebut dengan prestasi memukau biarpun turun tanpa kelibat Salah ketika menewaskan The Gunners di Stadium Emirates menerusi jaringan sendiri Jakub Kiwior dan Luis Diaz.

Menariknya, Liverpool juga turun tanpa bek tengah berpengaruh, Virgil Van Dijk kerana masalah kesihatan selain Wataru Endo yang kini menyertai Jepun untuk saingan Piala Asia di Qatar bulan ini.

“Saya sangat gembira kerana kemenangan ini membuktikan kami berjaya melepasi ujian pertama tanpa pemain-pemain ini. Jujurnya Arsenal mampu memenanginya, tetapi kami berjaya menyelesaikan tugas ini.

“Saya sangat berbangga ke­rana ini adalah satu perlawanan yang sukar. Malah, Arsenal lebih banyak menguasai perlawanan terutama di separuh masa pertama yang menyebabkan saya ­terpaksa mengubah sistem dalam babak kedua.

“Ia membuahkan hasil kerana kami berjaya bersaing se­ngit selama 95 minit dan meraih dua gol yang cukup bermakna,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Liverpool akan bertemu Fulham untuk separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris (EFL) di Anfield awal pagi Khamis ini, sekali gus berpeluang me­rangkul gelaran quadruple termasuk Piala FA, EPL dan Liga Europa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI