fbpx

Piala FA: Guardiola nikmati dua kegembiraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE masuk sebagai pemain gantian dan berjaya melakukan satu umpanan gol ketika City meraih kemenangan ke atas Huddersfield awal pagi semalam. - AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola mengakui selain gembira menyaksikan kemenangan selepas 5-0 diraih pasukannya pada aksi pusingan ketiga Piala FA, beliau tidak dapat menyembunyikan keseronokan melihat kembalinya pemain tonggak utama.

Pada aksi di Etihad awal pagi semalam, City tidak berdepan masalah meneruskan kemaraan ke pusingan keempat selepas menundukkan Huddersfield yang menyaksikan kembalinya Kevin De Bruyne yang dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-57.

Masuk dengan memakai lilitan kapten, De Bruyne tidak menunggu lama untuk membuktikan kualiti dimiliki selepas mencipta umpanan gol untuk jaringan kelima pasukan itu pada minit ke-74 yang disudahkan oleh Jeremu Doku.

Guardiola percaya kehadiran semula De Bruyne sangat penting buat City, malah mengakui pemain itu merupakan sebahagian kecil pemain yang memiliki kemampuan untuk mengubah perlawanan dan memberikan kemenangan buat pasukan.

“Ia berita yang baik buat kami dengan kehadiran semula De Bruyne. Namun, saya fikir jumlah latihan yang banyak akan mengembalikan semula kualiti dimiliki. Saya tidak fikir dia mampu untuk beraksi dalam tempoh 90 minit buat masa ini.

“Ramai pemain yang mampu bermain bola sepak dengan baik, tetapi sangat sedikit yang mampu memberikan kemenangan. Kevin, (Erling) Haaland termasuk dalam golongan yang sedikit itu. Phil (Foden) juga termasuk dalam kelompok itu.

“Saya fikir sangat baik untuk pasukan ini kembali mendapatkan khidmat Kevin semula. Kevin pastinya merasai bagaimana kami semua termasuk penyokong menyayanginya. Proses saling menghormati seperti ini akan berterusan,” katanya.

Pada aksi awal pagi semalam, Foden berjaya meledak dua gol sementara Julian Alvarez dan Doku meledak satu gol, manakala satu lagi jaringan City terhasil menerusi gol sendiri pemain Huddersfield, Ben Jackson. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI