PENGUMUMAN nama Vijay Sethupathi sebagai hero yang beraksi di sisi Katrina Kaif menerusi filem Merry Christmas mengejutkan banyak pihak, termasuklah pelakon, Saif Ali Khan.
Naik marah dengan pengumuman tersebut, Saif mendakwa dia lebih awal didatangi wakil produksi yang mengajukan tawaran sama.
Menurut produser filem iaitu Sriram Raghavan, memang mereka ada bertemu Saif untuk berbincang mengenai filem yang sudah tiga tahun tertunda tersebut.
Namun selepas mengambil kira pelbagai faktor terutama berkaitan kesesuaian, watak hero diserahkan kepada Vijay.
Memahami perasaan kesal pelakon yang pernah bekerja dengannya sebelum ini, dia tiada pilihan lain.