fbpx

[VIDEO] Lagu Renjana Pengantin Diraja ‘trending’ minggu perkahwinan Putera Mateen, Dayang Anisha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putera Mateen dan Dayang Anisha bakal bernikah pada Khamis ini.

PETALING JAYA – Lagu Renjana Pengantin Diraja hasil nukilan penulis Juan Madial dan dinyanyikan oleh Ezah Hashim kini ‘trending’ di media sosial terutama di TikTok dan X sejak semalam.

Ia berikutan berlangsungnya istiadat perkahwinan pasangan diraja, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja semalam.

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja bagi pasangan tersebut bakal berlangsung pada Khamis ini.

Bagi acara kemuncak, Majlis Bersanding Pengantin Diraja dijadualkan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari dan seterusnya pasangan itu bakal menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.

Majlis Persantapan Diraja pula akan diadakan pada 15 Januari ini diikuti Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada keesokan harinya.

Antara bait-bait lirik lagu Renjana Pengantin Diraja tersebut adalah seperti berikut.

Dengan bismillah kalimah penuh berkah, semua rakyat merasakan bahagia, melihat pasangan kedua mempelai, sungguh indah pengantin diraja.

Wajah tampan segak dan bijaksana putera bersedia melakar cahaya, dengan hati yang menawan, berdua bina mahligai diraja.

Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, dengan Dayang Anisha Rosnah,
Pasangan indah pasangan mulia, renjana senantiasa.

Difahamkan juga, lagu tersebut menjuarai Peraduan Mencipta Lagu bagi Istiadat Perkahwinan Diraja yang diadakan baru-baru ini.

Selain Renjana Pengantin Diraja, lagu Semarak Kasih juga sering disunting bersama rakaman gambar serta video memaparkan pasangan diraja itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI