fbpx

Lelaki ‘transfer’ RM1 setiap kali hantar mesej pujuk kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian tular di laman X @Malaysiamostviral baru-baru ini

PETALING JAYA – Kerana sayang, seorang lelaki sanggup ‘menggadai’ wangnya demi memujuk kekasih yang sedang merajuk dengan melalukan beberapa transaksi secara dalam talian.

Meskipun baki wang di dalam akaunnya kurang dari RM20, lelaki itu tekad mengirimkan RM1 sebanyak tujuh kali kepada teman wanitanya.

Menerusi perkongsian di laman X, Malaysia Most Viral, dapat dilihat juga dalam setiap transaksi lelaki tersebut, dia turut meninggalkan pesanan khas pada ruang rujukan agar wanita itu memaafkannya.

“Cara budak zaman sekarang pujuk awek (kekasih),” ciap pengendali akaun Malaysia Most Viral baru-baru ini.

Dalam pada itu, lebih menarik perhatian netizen adalah jumlah baki akhir dalam akaun lelaki tersebut yang hanya tinggal RM4.41 sahaja.

“Alahai bro, gigih kau pujuk kekasih. Baki akaun pun RM4 sahaja tinggal. Moga berbaik lah hubungan kekasih ini,” komen Azizudin.

“Baki semasa RM4.41. Moga dimurahkan rezeki ya dik,” kata Leo.

Bagaimanapun, kaedah memujuk yang dikongsikan pengguna tersebut ternyata dipuji oleh orang ramai dan ia dianggap kreatif.

“Kali pertama aku tengok orang pujuk kekasih dia guna mesej di transaksi bank. Kau memang kreatif. Tapi aku cadang kau bagi RM100, mungkin lagi cepat hati dia terpujuk,” seloroh Amri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI