fbpx

Anwar tidak tolak ansur rasuah, mahu Kerajaan Perpaduan Bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika merasmikan Majlis Peluncuran Arahan Perdana Menteri No.1 Tahun 2023 sempena Simposium Tatakelola Baik Nasional 2024 hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

SEPANG- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali bertolak ansur mengenai budaya rasuah sama ada ia melibatkan penyokong kerajaan atau pembangkang.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau akan terus memerangi rasuah seterusnya memastikan amalan itu tidak berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

“KSN (Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali) tahu dia dalam mesyuarat Jemaah Menteri, kalau dibawah pentadbiran saya, orang beritahu satu kes rasuah.

“Percayalah, saya tidak tolak ansur sama sekali, Tan Sri Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tahu benar pendirian, sama ada parti sokong saya atau tidak, itu soal lain. Ia tidak pengaruhi keputusan saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap a pada Majlis Peluncuran Arahan Perdana Menteri No.1 Tahun 2023 sempena Simposium Tatakelola Baik Nasional 2024 di sini tadi.

Sementara itu, Anwar juga mahu badan penguatkuasaan mengambil tindakan tegas terhadap tokoh besar sekiranya ada data, fakta dan alasan kukuh.

“Sekiranya ada (fakta), saya tidak peduli kedudukan pengaruh atau dana kerana tindakan tegas harus diambil dan kita telah mulakan. Saya ucap tahniah kepada SPRM
tunjuk keberanian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI