fbpx

Keluarga pengawal keselamatan dibunuh terima pencen bulanan RM1,522

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURSYAKINAH (kiri sekali) menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) daripada Sivanesan dalam sesi penerangan bersama media di Ipoh hari ini.

IPOH – Balu kepada pengawal keselamatan yang dipercayai dibunuh pada minggu lalu menarik nafas lega apabila layak menerima Faedah Pencen Penakat bulanan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Nursyakinah Abdul Ghani, 33, berkata faedah bulanan sebanyak RM1,522.08 sepanjang hayat itu boleh membantunya bagi membesarkan empat orang anak yang berusia enam bulan hingga 13 tahun.

“Rasa bersyukur sangat kerana saya bergantung kepada arwah sahaja, kerana saya tidak bekerja. Dengan adanya bantuan ini, boleh saya menampung anak-anak yang masih bersekolah,” katanya.

Dia berkata demikian semasa hadir bersama anak-anaknya ke sesi pemakluman bantuan tersebut oleh Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan di sini hari ini.

Pada 3 Januari lalu, pengawal keselamatan Razis Jamal, 41, ditemui mati di tapak perkhemahan dekat Gunung Lang di sini dan dipercayai dibunuh.

Rentetan daripada itu, seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan reman tujuh hari sejak minggu lalu sehingga Rabu ini.

Selain Faedah Pencen Penakat, keluarga mangsa layak menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000 sekali bayar.

Jelas Nursyakinah, keluarga itu pada masa ini juga sedang dibantu untuk mendapatkan pelbagai bantuan terutama untuk perbelanjaan anak-anak yang masih kecil.

“Saya juga ada membuat dan menjual aiskrim secara kecil-kecilkan dirumah, untuk tambah perbelanjaan sekolah anak-anak. Dalam sehari boleh dapat RM5 hingga RM6 dan kadangkala boleh cecah RM15 sehari. Kadangkala tiada orang yang membeli,” katanya.

Ibu itu juga ada mengambil tempahan membuat kuih secara kecil-kecilkan bagi membantu perbelanjaan keluarga termasuk bayaran menyewa rumah pangsapuri sebanyak RM320 sebulan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI