fbpx

Ketua Srikandi Bersatu Terengganu tipu program Kembali ke Sekolah didenda RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roslilawati (dua dari kanan) didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah mengemukakan dokumen palsu berhubung program Kembali ke Sekolah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini. - Foto TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

KUALA TERENGGANU – Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu, Roslilawati Mukhtar, 45, didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan memalsukan dokumen berhubung penganjuran program Kembali ke Sekolah pada empat tahun lalu.

Hakim Mohd. Azhar Othman menjatuhkan hukuman itu setelah tertuduh yang juga Pengerusi Pertubuhan Komuniti Gemilang Terengganu membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Beliau berkata, hukuman setimpal wajar dikenakan terhadap Ketua Srikandi Bersatu Setiu itu kerana kesalahan tersebut boleh menyebabkan ketirisan dana awam yang lebih besar jika tidak dibendung.

“Mahkamah berdoa agar hukuman ini menjadi pengajaran berguna kepada kamu (Roslilawati) dan juga masyarakat di luar sana agar tidak mengulangi kesalahan ini,” katanya ketika membacakan penghakimannya di sini semalam.

Berdasarkan pertuduhan, Roslilawati didakwa menggunakan dokumen palsu mengandungi 100 murid bagi membuat tuntutan program Kembali ke Sekolah berjumlah RM5,000 yang sebenarnya tidak wujud.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di pejabat Ketengah Holding Sdn. Bhd., Dungun pada Disember 2020.

Mengikut fakta kes, program Kembali ke Sekolah yang dikatakan dianjurkan pada 17 Disember 2020 sebenarnya tidak wujud.

Semakan juga mendapati dokumen senarai penerima dikemukakan Roslilawati mempunyai 25 nama yang berulang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI