fbpx

Enam motosikal terbakar di PPR Paya Nahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muthukumaran (kanan) melihat motosikal miliknya yang musnah dalam kebakaran di Blok C PPR Paya Nahu 1, Sungai Petani awal pagi ini.

SUNGAI PETANI – Sebanyak enam buah motosikal pelbagai jenis musnah dalam kebakaran di ruang bawah Blok C Projek Perumahan Rakyat (PPR) Paya Nahu 1, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian daripada orang awam pada pukul 4.17 pagi tadi.

“Seramai 13 anggota dan pegawai bomba bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian dan sebaik tiba, kita mendapati penduduk sedang menyimbah air pada motosikal terlibat untuk memadam kebakaran.

“Pasukan mengambil masa selama 20 minit untuk mengawal api sebelum berjaya memadam keseluruhan kebakaran itu yang membabitkan enam buah motosikal di situ,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati kebakaran melibatkan motosikal jenis SYM dan Honda EX5 yang terbakar 85 peratus, manakala empat buah motosikal jenis Honda EX5, Demak DVS, Honda Wave dan SYM terbakar sebanyak 40 peratus.

“Kita masih menyiasat punca kebakaran dan nilai kerugian terlibat,” ujarnya.

Sementara itu, pemilik dua buah motosikal yang terbakar, G. Muthukumaran, 32, berkata, dia terkejut apabila mendengar orang menjerit api semasa berada di dalam bilik tidur rumahnya di tingkat dua blok berkenaan awal pagi tadi.

“Saya segera bangun dan turun ke lokasi kejadian yang menjadi tempat letak kenderaan dan terkejut mendapati dua motosikal milik saya iaitu SYM dan Honda EX5 sedang terbakar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI