fbpx

Lupakan hasrat tubuh kerajaan ‘mi segera’ – Puad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Puad.

PETALING JAYA – Seramai tujuh lagi Ahli Parlimen pembangkang dikatakan akan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah munasabah.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi berkata, tujuh nama yang dinyatakan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal itu diyakini benar.

“Sebelum ini semasa bertemu kawan-kawan rapatnya, beliau (Syed Abu Hussin Hafiz) maklum akan umum sokong Anwar di hari terakhir penggulungan Bajet 2024.

“Ternyata ia berlaku. Justeru cerita tujuh hingga lapan Ahli Parlimen Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) akan ikut jejak lima yang lain diyakini bukan rekaan.

“Tujuh nama yang beliau sebut di majlis tertutup itu memang munasabah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Justeru, Mohd. Puad meminta Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor melupakan hasrat menubuhkan kerajaan ‘mi segera’

Beliau malah menyarankan Muhammad Sanusi bersependapat dengan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang iaitu Pas sanggup menunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah sebelum ini mendakwa PN sudah mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) yang cukup untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Syed Abu Hussin Hafiz pula mendakwa seramai tujuh hingga lapan lagi Ahli Parlimen pembangkang akan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri bulan depan.

Sebelum ini, seramai lima wakil rakyat pembangkang menyatakan sokongan kepada Anwar termasuk beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI