fbpx

Banjir: Mangsa di Johor meningkat kepada 4,080

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam membantu mangsa banjir dari Kampung Sri Gambut berpindah ke PPS) di SK Melayu Raya, Pekan Nanas, Pontian, malam ini.

PONTIAN – Pontian menjadi daerah terbaru yang terjejas dengan banjir apabila 17 mangsa dari empat keluarga dari Kampung Sri Gambut Pekan Nanas berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini, malam ini.

Menurut Seketeriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian, mereka semua ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya yang dibuka pada pukul 7.45 malam.

Dalam pada itu, menurut statistik Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan seramai 4,080 mangsa banjir yang terdiri daripada 1.228 keluarga ditempatkan di 48 PPS di seluruh negeri Johor.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI