fbpx

Jalan Kuantan-Segamat ditutup akibat jalan mendap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN Jalan Kuantan-Segamat yang ditutup bermula hari ini sehingga 28 Januari akibat kejadian jalan mendap di Seksyen 102 berhampiran kawasan Burung Unta, Kuantan-Segamat.

SEGAMAT – Laluan Jalan Kuantan-Segamat (FT012) ditutup mulai hari ini sehingga 28 Januari depan bagi semua jenis kenderaan ekoran kejadian jalan mendap di Seksyen 102 (berhampiran kawasan Burung Unta).

Jabatan Kerja Raya (JKR) Segamat melalui satu kenyataan bersama JKR Daerah Pekan, Pahang berkata, penutupan tersebut bertujuan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan dijalankan oleh pihak Pasukan Projek FT012.

Laluan alternatif yang dicadangkan jika dari arah Kuantan ke Muadzam Shah, semua pengguna dilencongkan ke Laluan Persekutuan FT03 (Kuantan – Endau melalui Bandar Pekan) dan Laluan FT63 (Leban Condong Muadzam Shah).

Orang ramai boleh melalui laluan alternatif yang dicadangkan jika dari arah Gambang ke Muadzam, ke semua pengguna dilencongkan ke laluan Pekan Batu Balek (FT82) ke laluan Persekutuan Kuantan Endau (FT 03).

Sementara itu, laluan alternatif dicadangkan jika dari arah Muadzam ke Kuantan, semua pengguna dilencongkan ke (Leban – Condong Muadzam (FT 63) ke Laluan Persekutuan Kuantan – Endau (F103).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI