fbpx

Budak 6 tahun dakwa dikhatan jin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG budak lelaki mendakwa dikhatan 'jin' di Jakarta baru-baru ini. - Foto TribunJakarta.com

JAKARTA – Seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun mendakwa dia dikhatan oleh ‘jin’ sehingga menyebabkan kemaluannya berasa sakit, lapor laman berita Tribun Jatim hari ini.

Budak lelaki tersebut memberitahu neneknya bahawa dia melihat lembaga berbadan besar bergerak di hadapannya sebelum ia hilang.

Selepas melihat lembaga itu, dia berasa sakit pada kemaluan dan menjerit meminta tolong.

“Selepas membuang air kecil, dia kata ada melihat kelibat lembaga,” kata nenek kanak-kanak tersebut, Sami.

Menurut Sami, sebaik sahaja mata cucunya berkedip, lembaga itu sudah tiada.

Tidak lama kemudian, budak lelaki tersebut menjerit kerana berasa sakit pada kemaluannya.

Dia kemudian dibawa menemui doktor dan mereka terkejut apabila doktor mengesahkan bahawa kanak-kanak tersebut sudah dikhatankan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI