fbpx

[VIDEO] ‘Pak cik boleh pandu kereta ini, tiada masalah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran @aasuperscalper di laman TikTok.

PETALING JAYA – Sikap rendah diri seorang pempengaruh, Asyraf Arsad atau lebih dikenali ‘AA Handsome’ memberi peluang kepada seorang pak cik untuk membawa kereta mewah miliknya mendapat pujian orang ramai.

Melalui video yang dikongsi di TikTok pemilik kenderaan itu, pempengaruh itu berkata dia melihat seorang pak cik berusia 88 tahun berdiri berhampiran keretanya dengan wajah teruja namun tidak menyentuh kereta tersebut.

Ujarnya, dia mengajak pak cik itu menaiki dan memandu keretanya selepas dia melihat mata warga emas itu berair.

“Pak cik boleh cuba, pak cik nak masuk dalam (kereta) pun boleh, tiada masalah. Jangan risau, saya dah bayar kereta ini.

“Masuklah pak cik, saya ajar pak cik cara nak hidupkan enjin kereta ini,” ujarnya di dalam video kepada pak cik tersebut.

Video perkongsian ini telah menerima 4.4 juta penonton dan 419,700 ribu tanda suka di laman tersebut.

Tinjauan Kosmo! mendapati rata-rata pengguna memuji sikap pempengaruh ini tidak sombong meskipun mempunyai duit.

“Sangat merendah ini. Segelintir orang tak benarkan orang lain menyentuh kereta mereka,” komen @mulanmilan24.

“Saya ‘hormat’ denga awak AA Handsome. Insya-Allah saya nak kekalkan sifat merendah diri macam tu. Sikap merendah diri adalah lebih mahal daripada harga kereta itu,” komen @aekali.

“Saya suka cara abang layan pak cik ni. Terima kasih bahagiakan pak cik ini dan bagi dia merasa duduk dalam kereta sport LArmboorghini Aventador ni,” tulis Ismailrafar.

“Kenapa aku rasa sedih dan sebak tengok pak cik ni. Macam bapak kita je,” kata Faziedatul Afida. – KOSMO! ONLINE

@aasuperscalper nak balik rumah, ada satu uncle ni duduk dekat dengan kete ,, dia nampak excited, tapi tak sentuh. dia macam takut nak pegang. tapi nampak mata dia berair lepas AA bg dia try #malaysia #fypシ ♬ original sound – AA HANDSOME

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI