fbpx

Kanak-kanak perempuan lemas di Pulau Banding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GERIK – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun ditemui mati lemas di dasar tasik berhampiran, di Jeti Mat Shah, di Pulau Banding dekat sini, sekitar pukul 6.50 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, maklumat kes lemas itu diterima Balai Polis Bersia pada pukul 8.20 malam dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah.

“Berdasarkan temu bual dengan bapa mangsa berusia 40 tahun, kanak-kanak itu dilihat bermain air bersama rakannya pada pukul 6 petang di tepi tasik berdekatan tempat letak bot di jeti berkenaan.

“Bagaimanapun, lelaki yang bekerja di Pulau Banding itu menyedari anaknya telah hilang setengah jam kemudian dan berusaha mencari mangsa bersama rakan-rakannya,” katanya, di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang dijumpai pada kedalaman 1.8 meter itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Hospital Gerik dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa akibat lemas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI