fbpx

Broja senjata peledak baharu Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BROJA menggalas peranan dengan baik mengisi ketiadaan Jackson pada bahagian serangan Chelsea ketika ini. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino menghamburkan pujian kepada Armando Broja selepas meledak satu gol menewaskan Preston North End 4-0 pada pusingan ketiga ­Piala FA di Stamford Bridge awal pagi semalam.

Penyerang berusia 22 tahun itu mengisi tempat Nicolas Jackson yang kini menyertai Senegal untuk saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) bulan ini.

Walaupun baharu kembali daripada tempoh rehat sembilan bulan ekoran kecederaan anterior cruciate ligament (ACL), namun Pochettino yakin masih banyak yang mampu diserlahkan oleh Broja.

“Detik ini cukup penting buatnya dan jujurnya dia memerlukan perlawanan se­perti ini untuk mencari semula sentuhan jaringan. Dia juga perlu tingkatkan kecergasan dan lebih positif.

“Potensinya cukup besar kerana kita bercakap mengenai salah seorang penyerang muda terbaik di England dan Eropah. Selepas berehat hampir setahun, dia memerlukan sedikit masa dan pa­ling penting dia perlu ada keinginan, selebihnya kami akan cuba membantu.

“Kami cukup yakin dengan kemampuannya dan akan terus berikan dorongan setiap hari. Saya katakan kepadanya yang kami mahu terus lihat dia kekal tersenyum dan menjadi lebih gembira,” katanya.

Tiga lagi gol The Blues dihasilkan oleh Thiago Silva, Raheem Sterling dan Enzo Fernandez.

Kemenangan itu pastinya menyuntik semangat dan keyakinan kepada barisan pemain ­Chelsea untuk memburu slot final Piala Liga Inggeris (EFL) musim ini apabila menentang Middlesbrough dalam aksi separuh akhir di Stadium Riverside pada Rabu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI