fbpx

Britney Spears tak lagi minat menyanyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRITNEY SPEARS

PENYANYI pop terkenal Britney Spears menafikan khabar angin bakal mengeluarkan album ke-10 tidak lama lagi seperti yang dilaporkan beberapa portal hiburan antarabangsa.

Bahkan, penyanyi berusia 42 tahun itu turut menegaskan, tidak berniat untuk kembali mewarnai industri muzik yang dianggap penuh dengan ‘kesakitan’.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Spears dalam Instagramnya, pelantun Toxic itu menyifatkan bahawa khabar angin tersebut sekadar berita sampah.

“Berita yang ditulis itu benar-benar sampah. Mereka mendakwa saya akan kembali menghasilkan album studio ke-10, tetapi hakikatnya saya tidak akan pernah kembali lagi ke dalam industri muzik,” ujarnya.

Spears bagaimanapun tidak menafikan ada menulis lebih daripada 20 buah lagu sejak dua tahun lalu. Katanya, karya tersebut dihasilkan hanya untuk suka-suka.

“Saya menulis lagu hanya untuk dinikmati oleh diri sendiri. Bukan untuk dipasarkan,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI