fbpx

Akshay Kumar bencikan alkohol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSHAY KUMAR

KEBANYAKAN selebriti Bollywood memang terkenal dengan rupa paras yang kacak dan jelita selain memiliki bentuk tubuh yang menawan.

Bagaimanapun, hasil tersebut tidak diperoleh dengan mudah kerana mereka perlu menjalani gaya hidup berdisiplin termasuk melakukan senaman dan menjaga pemakanan.

Pelakon Akshay Kumar misalnya yang mengakui, dia tidak pernah mengambil minimum alkohol demi menjaga kesihatan.

Menurut pelakon filem Namastey London itu, dia bukan setakat tidak meminum alkohol, bahkan benci dengan bau minuman keras tersebut.

“Aku kini sudah pun berusia 52 tahun dan sangat menghargai kehidupan yang lebih sihat.

“Aku bukan sahaja tidak minum minuman keras, bahkan juga tidak merokok dan mengambil minuman berkafein,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI