fbpx

[VIDEO] Majlis khatam al-Quran Dayang Anisha tarik perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar sekitar majlis khatam al-Quran yang berlangsung Rabu lalu.

PETALING JAYA – Rakaman bakal isteri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah, Dayang Anisha Rosnah Adam membaca al-Quran dalam satu majlis khatam al-Quran sempena pernikahan mereka menarik perhatian ramai.

Difahamkan majlis berkenaan diadakan Rabu lalu, beberapa hari sebelum isitiadat bermula secara rasmi, hari ini dengan Adat Membuka Gendang Jaga-Jaga.

Melalui video berkenaan, Dayang Anisha dilihat memakai pakaian serba putih serta majlis itu turut dihadiri oleh Putera Mateen.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna turut melahirkan rasa teruja mengikuti istiadat perkahwinan diraja tersebut selain menanti detik hari pernikahan pasangan berkenaan.

“Masya-Allah, sudah cantik boleh mengaji lagi,” puji Nuning.

“Alhamdulillah semoga dipermudahkan segalanya dan semoga dalam lindungan Allah. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah,” doa Noorjan.

“Cara Putera Mateen pandang Dayang Anisha dan cara Dayang Anisha senyum pada Putera Mateen sangat comel,” kata Piah.

Terdahulu, istiadat perkahwinan pasangan diraja ini akan berlangsung selama 10 hari.

Bagi akad nikah pasangan itu pula dijadualkan berlangsung pada 11 Januari nanti. – KOSMO! ONLINE

@jackiebohari♬ original sound – Jackie Bohari

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI