fbpx

Hujan lebat di lima negeri hingga tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.

MetMalaysia memaklumkan, negeri terlibat ialah Pahang iaitu melibatkan daerah Bentong, Temerloh, Maran dan Bera.

“Seterusnya Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta Melaka.

“Ia turut dikeluarkan bagi negeri di Malaysia timur iaitu di Sarawak membabitkan kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song).

“Bagi Sabah pula, amaran tersebut dikeluarkan bagi daerah Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kudat),” menurut hantaran Facebook MetMalaysia, hari ini.

Tambahnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/j) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI