fbpx

Polis kesan dua wanita conteng mural

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV menunjukkan seorang wanita yang melakukan contengan pada mural di Shah Alam malam tadi.

SHAH ALAM – Polis kini sedang mengesan dua individu dipercayai wanita yang terlibat dalam kes menconteng mural empat pemimpin di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, ini berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang diterima pihaknya.

“Kita sedang mengesan mereka. Beri masa kepada pihak polis untuk menyiasat perkara ini dan diharap mana-mana pihak tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan,” ”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan empat mural gergasi memaparkan potret Al-Sultan Abdullah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu disedari diconteng kira-kira pukul 8 pagi.

Kejadian itu disedari oleh pekerja sebuah restoran berdekatan selepas melalui kawasan mural tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI