fbpx

[VIDEO] Polis buru Iriz biru berhenti mengejut di lorong kanan MRR2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular sebuah Proton Iriz yang diburu polis selepas memberhentikan keretanya secara tiba-tiba di kilometer 13, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

GOMBAK – Polis sedang mengesan sebuah kereta jenis Proton Iriz yang membuat halangan di kilometer 13, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya terkesan kejadian tersebut menerusi video tular yang dimuat naik di Aplikasi X, hari ini.

Katanya, video berdurasi 27 saat itu memperlihatkan kereta berwarna biru tersebut telah membuat halangan yang boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kereta terbabit dipandu dari arah Batu Caves menghala ke arah Ampang.

“Setibanya di lokasi kejadian, kereta yang dipandu di lorong tengah tersebut telah menukar haluan ke lorong paling kanan.

“Susulan itu, pemandu kereta terbabit telah memperlahankan kenderaan dan berhenti selama beberapa saat sebelum kembali bergerak meneruskan perjalanan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ekoran kejadian itu, Noor Ariffin meminta pemandu kereta tersebut dan pemilik rakaman papan pemuka (dashcam) yang merakamkan kejadian untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bagi membantu siasatan.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556 atau bilik gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI