fbpx

[VIDEO] Remaja 14 tahun antara lima ditahan merusuh di padang bola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular di media sosial memaparkan pergaduhan yang terjadi itu.

SUNGAI BULOH – Polis menahan lima individu termasuk remaja berusia 14 tahun bagi membantu siasatan kejadian merusuh pada perlawanan bola sepak di sebuah padang di Persiaran Gamuda Garden 1, Bandar Gamuda, di sini, semalam.

Kejadian pada pukul 10.40 malam itu dipercayai berlaku kerana perselisihan faham antara kedua-dua pemain pasukan bola sepak.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang remaja lelaki tempatan, semalam.

Katanya, mangsa yang berusia 14 tahun ketika itu sedang bermain bola untuk menentang pasukan lain sebelum berlaku perselisihan faham antara kawan mangsa dan pemain lawan.

“Mangsa yang datang untuk meleraikan pergaduhan tetapi telah diserang oleh beberapa pemain yang lain.

“Akibat daripada itu, mangsa telah mengalami sakit di bahagian luka di bahagian hidung, lebam di bahagian belakang,lebam di leher,muka dan sakit di seluruh bahagian badan,” katanya kepada Kosmo!.

Menurut Shafa’aton, mangsa yang kesakitan telah tampil ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Jelas beliau, hasil siasatan mendapati pergaduhan antara pasukan Sg Buaya FC (jersi kuning) dengan Garage FC ( jersi biru putih) itu berlaku pada pukul 8 malam.

“Semakan mendapati kedua-dua pihak telah membuat laporan polis.

“Lima tangkapan telah dibuat untuk membantu siasatan. Anggaran usia suspek yang ditangkap antara 14 hingga 39 tahun,” ujarnya,

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan pergaduhan yang berlaku antara pemain bola sepak.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @pengadilbola di aplikasi X, pergaduhan yang dipercayai melibatkan lebih 30 individu itu difahamkan berlaku dalam kalangan pemain liga bawah umur.

Kelihatan pemain-pemain tersebut saling memukul satu sama lain menggunakan kerusi serta topi keledar, namun sehingga kini jumlah kecederaan tidak dapat dipastikan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI