fbpx

Maklumat Padu tidak akan disalah guna untuk PRU16 – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (tiga kanan) ketika hadir program Jualan Termurah di PPR Kerinchi, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan tidak berhasrat untuk menggunakan maklumat dan data menerusi Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) sebagai bahan kempen untuk Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil menegaskan, ia kerana terdapat beberapa terma dan syarat dalam menguruskan maklumat berkenaan.

“Saya percaya, kalau pun sebelum ini ada pihak yang menyalahgunakan maklumat, kita tidak berhasrat untuk melakukan perkara yang sama.

“Cara kita berkempen berbeza dan insya-Allah kita tidak akan menyalahgunakan kerana fungsi Padu adalah untuk memberi rakyat peluang untuk memasukkan data secara ‘real time’ (terkini),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Jualan Termurah ‘khidmat demi rakyat’ di pekarangan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di sini hari ini.

Sementara itu, dianggarkan seramai 500 hingga 1,000 orang mengambil peluang mendapatkan barangan keperluan sempena program Jualan Termurah di sini.

Kesemua barangan ditawarkan dengan potongan harga sehingga 30 peratus melibatkan beras lima kilogram (kg) yang dijual pada RM16.50, ikan siakap RM7 seekor, ikan cencaru RM1 untuk tiga ekor dan ayam segar RM8.50 sekilogram.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) baharu akan dilantik pada Februari depan.

“JKOM kini masih dalam proses penelitian beberapa fungsi kerana jabatan ini kena berbaza sedikti daripada apa yang diusahakan sebelum ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI