PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pada pagi ini melaporkan keadaan hujan masih lagi sedang berlaku melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung.
MetMalaysia dalam laporan kaji cuacanya berkata, di Semenanjung pada pagi ini menunjukkan kawasan di negeri Pahang (Kuantan dan Rompin), Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu masih lagi menerima keadaan hujan lebat secara berterusan.
Selain itu katanya, kawasan lain melibatkan beberapa kawasan di negeri Johor pula dilihat berada dalam keadaan mendung.
“Bagi Pantai Barat dan juga Utara Semenanjung Malaysia, Sabah serta Sarawak dijangkakan keadaan cuaca yang cerah sehingga tengah hari nanti,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE.