fbpx

Platform e-dagang Shopee pacu ekonomi negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenneth Soh ketika berucap di Anugerah Shopee Super Awards 2023, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Platform e-dagang terkemuka, Shopee mencatatkan pendaftaran lebih 1 juta rakyat Malaysia menerusi strim langsung Shopee Live sebagai penutup tahun 2023.

Selain itu, lebih 450,000 penjual tempatan, pempengaruh, dan ahli affiliate baharu diterapkan ke ekosistem pasaran Shopee seluruh negara.

Menurut Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh, Shopee bukan sahaja menjana pembinaan komuniti, tetapi turut memanfaatkan teknologi untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

“80,000 penjual meningkatkan pendapatan kepada 25 peratus setiap tahun, sementara pesanan melalui ahli affiliate dan strim langsung masing-masing meningkat sebanyak 420 peratus dan 500 peratus.

“Pembeli mempunyai hubungan langsung dengan penjual melalui Seller Chat, Shopee Live, dan kurier SPX yang membuat penghantaran ke rumah.

“Jenama dan penjual Malaysia pula selari dengan platform kami kerana program Shopee Guarantee, Shopee Mall, dan 360 Marketing Solutions gabungannya memberi kesan positif kepada masyarakat,” katanya.

Selain itu katanya, Shopee menerusi inisiatif #ShopeeSapotLokal bekerjasama dengan kerajaan untuk memastikan perniagaan tempatan berkembang dengan e-dagang.

“Lebih 60,000 penjual tempatan mendapat manfaat hasil kerjasama strategik Shopee dengan kementerian dan agensi kerajaan.

“Bukan itu sahaja, sebagai salah satu sumber celik digital percuma terbesar di negara, Shopee University telah menjadi penjana buat peniaga tempatan.

“Ia membekalkan mereka dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan untuk cekal dalam pasaran kompetitif,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI