fbpx

Ibu, anak lelaki meninggal dunia selang 19 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR MASERIZA menunjukkan gambar emak dan adiknya yang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam dirumahnya di Taman Puteri, Pekan Nanas, di Pontian, Johor. FOTO MUHAMMAD ZIKRI/ KOSMO!

PONTIAN – Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah sanggupkah berpisah.

Demikian lirik lagu Kasihnya Ibu nyanyian biduanita arwah Sharifah Aini bagi menggambarkan pemergian seorang ibu dan anak lelakinya dalam tempoh 24 jam baru-baru ini.

Allahyarham Zaidah Bidin, 71, meninggal dunia pada pukul 11 malam, 2 Januari lalu manakala anaknya, Mohd. Khairul Md. Nor, 38, pulan menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 6.10 petang, keesokan harinya.

Menurut Nor Maseriza Mohd. Nor, 41, arwah ibunya tinggal di rumahnya selepas terlantar selama dua tahun kerana penyakit kencing manis di Taman Puteri, Pekan Nanas.

Katanya, dia dan tiga anaknya sempat menatap wajah arwah ibunya ketika wanita itu tersedar seketika sebelum tidur semula.

“Saya dan anak-anak lihat arwah emak seperti tidur, tetapi bibirnya berubah pucat. Saya segera menghubungi Talian 999 sebelum ambulans bersama pegawai perubatan yang tiba mengesahkan kematian emak,” katanya ketika ditemui di rumahnya petang ini.

Tambah Maseriza, jenazah ibunya dibawa pulang ke kampung kelahiran wanita itu dan dikebumikan pada pukul 10.30 pagi, 3 Januari lalu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu.

“Arwah adik (Mohd. Khairul) tidak dapat menziarahi jenazah emak kerana dia juga menghidap t kencing manis serta penyakit lain. Sampai arwah ibu dikebumikan, arwah adik masih tidak dapat datang ke kubur,” ujarnya.

Jelas wanita itu, pada pukol 5.45 petang, dia menerima panggilan daripada isteri Mohd. Khairul yang memaklumkan suaminya sesak nafas. Mohd. Khairul yang berkerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor di Gelang Patah meninggal dunia pada pukul 6.10 petang.

“ Arwah adik meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki berusia tiga tahun,” ujarnya.

Menurut Maseriza, arwah Mohd. Khairul memang rapat dengan arwah ibunya. Kali terakhir mereka berjumpa pada sambutan ulang tahun ke-71 ibu mereka pada November lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI