PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berada di Institut Jantung Negara (IJN) bagi menziarahi Presiden Pas, Tan Sri Badul Hadi Awang dan bekas penasihatnya ketika menjadi Menteri Pendidikan, Ziauddin Sardar.
Anwar berbuat demikian selepas menunaikan solat Jumaat di Bandar Baru Selayang tengah hari tadi.
Difahamkan President Pas itu dimasukkan ke IJN sejak semalam dan berada dalam keadaan stabil ketika ini.
Namun Perdana Menteri dilaporkan tidak sempat berjumpa Ahli Parlimen Maran itu kerana berada dalam rawatan dan pemantauan. – KOSMO! ONLINE.