fbpx

Bintang JDT terus kuasai Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG muda negara, Arif Aiman (kanan) turut diangkat sebagai pemain tumpuan pada Piala Asia kali ini. - FAM

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menjadi ‘buah mulut’ di rantau ini apabila 15 pemainnya turut serta dalam Piala Asia di Qatar kali ini.

Menerusi perkongsian Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), 13 pemain JDT didaftarkan dalam skuad Harimau Malaya dan dua lagi akan menyarungi jersi Indonesia serta Syria.

“Juara Malaysia, Johor Darul Ta’zim akan mempunyai wakil terbesar di Qatar 2023 dengan 15 pemain didaftarkan, 13 untuk Malaysia, Jordi Amat dengan Indonesia serta pemain baharunya, Jalil Elias dalam skuad Syria,” menurut perkongsian itu.

Dalam skuad Harimau Malaya, 13 pemain JDT adalah Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Matthew Davies, Shahrul Saad, Syahmi Safari, La’vere Corbin Ong, Endrick Dos Santos, Syamer Kutty Abba, Afiq Fazail, Natxo Insa, Safawi Rasid, Arif Aiman Hanapi, Mohamadou Sumareh dan Akhyar Rashid.

Tiga lagi kelab termasuk Al Ahed FC (Lubnan), Al Sadd SC (Qatar) dan FC Istiklol (Tajikistan) pula masing-masing memiliki 10 wakil pemain mereka yang akan beraksi di Piala Asia.

Al Ahed FC mempunyai pemain dalam pasukan Lubnan, Jordan dan Syria manakala pemain Al Sadd SC dan FC Istiklol masing-masing menjadi tonggak kepada skuad Qatar dan Tajikistan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN