fbpx

Nadhir Nasar tenggelamkan Fattah Amin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERTAMA kali beraksi dalam naskhah layar perak, lakonan Nadhir sebagai Tahir dalam Pendekar Awang dikatakan menenggelamkan impak Fattah Amin sebagai hero filem berkenaan. – MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

DIUSIK menenggelamkan lakonan Fattah Amin selaku teraju utama Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, pelakon Nadhir Nasar menganggap komen sebegitu sebagai tanggapan rambang.

Di matanya, aktor berpengalaman itu tetap seorang hero yang memperkasakan naskhah berkenaan.

Kata pemilik nama sebenar Nadhir Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 28, sepanjang di lokasi penggambaran, Fattah menunjukkan kredibiliti serta kesungguhan yang membuatkannya semakin mengkagumi kerja suami kepada aktres Nur Fazura itu.

“Setiap orang ada pandangan masing-masing, namun saya tetap melihat Fattah sebagai kekuatan naskhah ini yang memiliki aura tersendiri, terutama dalam babak pertarungan silat bersenjata dan memanah.

“Kami juga banyak berbincang demi menghidupkan watak, malah tiada niat pun mahu bersaing atau mengatasi sesiapa kerana semuanya berkait rapat apabila setiap kumpulan memerlukan hero dan setiap hero memerlukan kumpulan.

NADHIR Nasar sebagai Tahir. iaitu adik kepada Awang lakonan Fattah Amin.

“Saya, Fattah dan pelakon lain saling memerlukan dalam memperkasakan lagi alur cerita filem ini,” katanya selepas tayangan Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, baru-baru ini.

Prekuel filem Mat Kilau; Kebangkitan Pahlawan arahan Saiful Reza Shukor dan Shaharudin Mat Dali itu menampilkan Nadhir sebagai Tahir iaitu adik kepada watak Awang lakonan Fattah.

Bercakap tentang penampilan pertamanya di layar perak, Nadhir mengambil masa mendalami dan memperkukuhkan semangat patriotisme dalam diri sebaik ditawarkan watak Tahir pada September 2022.

“Saya tiada rujukan bagi watak Tahir, tetapi banyak berbincang dengan pengarah dan semua pelakon selain banyak buat kajian menerusi pembacaan.

“Penerbit juga banyak terangkan dari awal berkenaan saya dan sejujurnya dalam filem ini, pembawakan watak Tahir adalah 70 peratus dan selebihnya adalah diri Nadhir,” ujarnya.

Mengakui teruja melakukan banyak babak aksi, berhadapan kecederaan ringan juga diakui memberikan pengalaman berharga menjadikan dirinya lebih kental.

“Memang ada adegan bertarung dengan menggunakan senjata badik, tetapi kami sudah berlatih awal dan dipantau koreografer profesional.

“Saya cuma cedera ringan saja, ada sedikit lebam yang tak ganggu pun kelancaran penggambaran,” ujarnya.

Filem membabitkan kos RM15 juta itu bakal menemui penonton di 146 pawagam pada 11 Januari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI