fbpx

Al-Sultan Abdullah berkenan rasai sendiri proses tanam, tuai padi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah berkenan memandu jentera jentenam untuk merasai sendiri proses penanaman padi di salah satu petak sawah yang terdapat di Galeri Padi Sekinchan, Sabak Bernam hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO! ONLINE

SABAK BERNAM – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melawat Galeri Padi dan Pusat Jualan Beras di Sekinchan di sini, hari ini.

Al-Sultan Abdullah berangkat tiba di galeri tersebut pada pukul 10 pagi sambil diiringi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan timbalannya, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Turut mengiringi baginda Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar.

Sebaik tiba galeri tersebut, Al-Sultan Abdullah telah dibawa oleh Pengarah Urusan PLS Marketing (M) Sdn. Bhd. (PLS Marketing), Allen Lim untuk melawat keseluruhan galeri.

Sepanjang lawatannya, baginda juga berkenan untuk melakukan proses menanam dan menuai padi dengan menggunakan dua buah jentera iaitu jentera jentanam dan jentuai mini selama 20 minit sambil diiringi Mohamad Sabu.

Pada akhir lawatannya selama lebih satu jam, Al-Sultan Abdullah juga berkenan mewakili kerajaan Pahang bagi menerima sumbangan beras seberat 10 tan metrik kepada mangsa banjir di Pahang daripada PLS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI