fbpx

9 rumah terbakar, 44 orang hilang tempat tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran melibatkan sembilan buah rumah di Lorong 13, Kampung Bintawa Hilir di sini awal pagi tadi.

KUCHING – Seramai 44 orang hilang tempat tinggal dalam kebakaran melibatkan sembilan buah rumah di Lorong 13, Kampung Bintawa Hilir di sini awal pagi tadi.

Mereka terdiri daripada 21 orang lelaki dewasa, 19 orang perempuan dewasa, tiga orang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 1.33 pagi dan mengarahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya, Padungan dan Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sembilan buah rumah, dengan tujuh buah rumah terbakar 100 peratus manakala dua buah rumah terbakar 30 peratus. Kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata pasukan bomba bertindak melakukan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari pili bomba serta sumber air terbuka iaitu dari sungai berhampiran dan bantuan dari jentera tangki air.

“Teknik pemadaman adalah ‘offensive’ dan ‘defensive’ dengan membentang 300 kaki dua nozel dari pam angkut serta 300 kaki empat pancutan dan satu salur bantu mula dari BBP Petra Jaya.

“Manakala BBP Tabuan Jaya membentang satu aliran 200 kaki dua nozel dan satu aliran salur bantu mula untuk mengawal kebakaran daripada merebak,” katanya sambil menambah kebakaran berjaya dikawal pada pukul 2.35 pagi. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI