fbpx

16 tahun hari ini…- Hannah Yeoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsikan Hannah di Facebooknya, hari ini.

PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh hari ini teruja berkongsi momen indah disatukan dengan suaminya, Ramachandran Muniandy.

Hantaran video di laman Facebook itu dibuat Hannah bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-16, hari ini.

“16 tahun hari ini,” tulisnya pendek berserta tanda pagar #ByHisGraceForHisGlory.

Susulan itu, beliau dan suami dihujani ucapan tahniah daripada orang ramai selain turut mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.

“Selamat ulang tahun YB (Yang Berhormat) Hannah dan Ram. Awak sesuai berdua,” ucap Lim Li Lian.

“Tahniah, semoga Tuhan memberkati kamu sentiasa!,” komen Ian AS Ng.

“Tahniah YB kesukaan saya, semoga yang baik-baik untuk kamu,” kata seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI