fbpx

PM makan tengah hari, solat Jumaat di Bandar Baru Selayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bersantap di Medan Selera, Bandar Baru Selayang sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Firdaus, Bandar Baru Selayang di sini hari ini. Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

SELAYANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menikmati makan tengah hari sambil beramah mesra dengan penduduk setempat di Gerai Sri Dahlia, Medan Selera Bandar Baru Selayang hari ini.

Ketibaan beliau kira-kira pukul 12.30 tengah hari di premis makanan itu disambut pemilik gerai tersebut.

Anwar yang juga Menteri Kewangan seterusnya dijadualkan menyertai solat Jumaat di Masjid al-Firdaus, Bandar Baru Selayang.

Turut menyambut ketibaan Perdana Menteri adalah penduduk setempat pelbagai peringkat umur yang menunggu kehadiran beliau sejak pukul 11.30 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI